Minggu lalu saya balik asrama awal kerana ada kerja yang perlu disiapkan awal walaupun masih cuti. cafeteria ketika itu tutup kerana kebanyakan pelatih masih belum balik asrama. mungkin mereka tutup kerana takut tidak habis makanan yang dijual. memandangkan makanan tidak ada, maka makanan saya dan kawanku hanyalah maggie aja. petang itu, seorang kawanku menyuarakan isi hatinya mahu makan kuih pisang. teliur pula aku bila dia ucapkan kuih pisang. apalagi saya pun membayangkan saya memakan kuih pisang dengan lahapnya. sayangnya masa sudah hampir jam 6, so untuk dapatkan bas untuk ke pekan sangat sukar. maka keinginan untuk makan kuih pisang hanya menjadi gambaran di fikiran aku sahaja. keesokan harinya, saat aku kehabisan bateri, aku cuba cari pencas hp ku. aku cuba cari, tapi tidak menjumpainya. terpaksalah aku berjalan mencari pencas hp yang sama dengan hp ku. dari satu kawan ke kawan yang lain, dan akhirnya aku jumpa seorang kawan yang tidak menggunakan pencasnya. "Bleh pinjam pencaska?" aku tanya sama dia. "boleh, pinjam aja" kawanku membalas. "aku letak kat sini aja ah" aku letak hp ku di atas mejanya sambil menyambung pencas bateri. "pami, nah makan kuih pisang" kawanku mempelawa aku makan kuih pisang. lantas aku terbayang balik apa yang saya bayangkan kelmarin iaitu makan kuih pisang.. nah,sekali lagi hukum tarikan berlaku dalam hidupku.. apalagi, aku makan lah kuih pisang kawanku itu setelah mengidam sejak petang kelmarin.. sudah dulu ahh... hehe

No comments:
Post a Comment