Sunday, 20 March 2016

cerita hukum tarikan yang berlaku dalam hidup saya

apabila melihat kereta waja yang saya miliki sekarang, teringat pula peristiwa saya membayangkan saya sudah memiliki kereta waja suatu ketika dahulu. yah, demikianlah hukum tarikan berlaku dalam hidup saya. bila mengingat peristiwa ini, saya menyedari bahawa terlalu banyak perkara, situasi dan manusia yang hadir dalam hidup saya sebenarnya saya tarik secara sengaja dan tidak sengaja. dahulu saya minat dengan kereta waja kerana design dalam kereta itu begitu menarik bagi saya. justeru asyik dengan minat tersebut membawa saya kepada membayangkan saya sudah memilikinya. sambil duduk di kerusi saya membayangkan memandunya ke pekan dan membawanya berjalan. lepas sahaja saya membayangkan saya merasa puas dan saya lepaskan dalam minda saya. ketika itu belum saya mengenali namanya hukum tarikan. selang beberapa tahun, benar apa yang terjadi saya memiliki kereta waja tanpa saya mengaturnya. wow, amazing! nasihat saya, apabila menggunakan hukum tarikan/ quantum entanglement, pastikan selepas membayangkan lepaskan aja seperti sudah berlaku... dikejar-kejar malah ia akan lari, tapi bila kita fikir let it go, yah insya allah akan datang.. soal bagaimana itu urusan alam semesta mengaturnya... usah report-report yah... sudah dulu ahh.. nanti sambung

No comments:

Post a Comment